Snowboard AMIR 2009

Bismillah..

huhuhu.. lama juga x kunjung dan update di sini.
mungkin bz sungguh kite-kite yg ade dlm blogkite ni utk update ek…
ha..update skit la..

alhamdulillah time cuti winter lepas, spt kebiasaan pelajar2 Malaysia yg tggl di overseas yg lain, kami sempat bermain snowboard di nagano. klo nk taw ape yg berlaku dgn lebih kuwashi sila bace di sini

ni ade skit ole-ole utk smua..
mg jmpa lg di snowboard akan dtg..
inshaAllah..

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Bismillah..

Ini adalah pesanan Dr. Khalil Ismail al-Hayya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat islam di Malaysia. Pesanan ini di terjemahkan oleh Maszlee Malik atas permintaan Dr. Khalil.

Alhamdulillah, Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat islam. Kami dipilih oleh Alah bgai mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang mush Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh Allah bagi mewakili umat islam di seluruh dunia supaya menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat islam dan masjid suci ketiga. Kami juga dipilh oleh Allah supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.
Semenjak tarikh tersebut, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80’an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin.

Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya?
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan.

Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31peratus di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan.
Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya.
Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat.
Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.

Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. KaÉi tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…
Allahu Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur
14 Mei 2006

Fatwa 40 Ulama Al Azhar

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang

KENYATAAN UMUM :

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci  dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).

KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memungkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.

KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).

KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).

KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.

Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).

Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab masing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).

Ditandatangani oleh :

1.   Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri – Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2.   Dr. Nasr Farid Wasil

3.   Dr Zaghlul An-Najjar

4.   Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5.   Dr Muhammad Ammarah

6.   Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7.   Dr Safwat Hijazi

8.   Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9.   Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10.   Dr Abdul Halim Uwais

11.   Dr Mohd Rakfat Uthman

12.   Dr Abdullah Barakat

13.   Dr Abdullah Samak

14.   Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15.   Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16.   Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17.   Dr Solah Sultan

18.   Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19.   Dr Mohd As-Soghir

20.   Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21.   Dr Ahmad Al-Assal

22.   Dr Hazim As-Sarsawy

23.   Dr Abdul Rahman Foudah

24.   Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25.   Dr Hussein Syihatah

26.   Dr Solah Harun

27.   Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28.   Dr Jamal Abdul Hadi

29.   Dr Hasan Ubaid

30.   Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31.   Dr Ahmad Abu Huzaifah

32.   Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33.   Dr Umar Abdul Aziz

34.   Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35.   Dr Mazin As-Sarsawy

36.   Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37.   Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38.   Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39.   Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40.   Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

Diterjemahkan oleh :

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,

Blog INI JALANKU  http://www.inijalanku.wordpress.com

Stop Gaza Massacre

“What is happeing now in Gaza is not between the Muslim and the Jews; nor it is between Islam and Judaism; but it is a case between the oppressed (Palestinians) and the oppressor (Zionists)!”

“The oppresors are not only the Zionists; Bush and the European leaders; the oppressors also include MUBARAK!, ABBAS!, THE SAUDI ROYAL FAMILY!”

“An the good news is, They are all coming down!!! They are all coming down!!!”

Azzam Tamimi, 10/1/2009; London, UK. (sumber: youtube, find: Azzam Tamimi, Gaza)

BACKUP

backup

“Dakwah tidak akan berjaya tanpa backup dari Allah”,kate2 pak murobbi.

Satu kata-kata yang cukup bermakna bagi ana, akan pentingnye backup dari Allah.

Teringat pernah satu ketika,diri ini telah diberitahu bahawa roh2 kite bersatu,roh2 kite berbaris dalam satu barisan yg cukup sempurna dan rapat. Bila roh2 kite bertemu,roh2 kite itu akan terus masuk dlm saff untuk bersame2. Tidak hairanlah,kadang2 kite terase berat untuk bersame dgn kwn2 kite disebabkan beberapa factor yg menghalang seperti banyak kerja dan penat,tapi bile kite bertemu,roh2 kite akan bersatu dan terus dgn mudah memasuki saff2 yg tersusun rapi itu. Tahukah anda sebenarnye bukan setakat roh2 org yg nak buat baik je bersatu, roh2 org yg suke melakukan kerosakan pun sentiase bersatu.

Kemuliaan manuisa itu terletak pada rohnya,semua manusia same, yg membezakan adalah ronye.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Al-Hujuraat:13

Daie mesti mempunyai ruhiyyah yang berbeza dgn org lain. Kerana aspek ruhiyyah amat penting bagi daie. Ape pentingnye ruhiyyah ni:

1)Generator- generator daie bukan generator yg lemah, bukan generator yang hanya cukup2 untuk dirinye sendiri shj, tp generator yang berkuasa tinggi,generator yg boleh mencaskan. Seorg daie itu, jika dia hendak ajak org lain untuk solat fadhu, daie itu sendiri mstila telah sempurna solat fardhu beserta dengan solat sunatnye. Bukan solat fardhu sahaja yg ditekankan di sini,malah beserta dengan solat sunat sekali. Inila yg dikatakan sbg generator yg berkuasa tinggi, bkn generator yg cukup2 utk dirinya shj.

2)Dakwah Rabbani- ruhiyah ini penting kerana dakwah kita adalah dakwah ketuhanan.Kita dakwah kerana Allah,kepada Allah dan bersame2 dgn Allah(kebersamaan dgn Allah). Dakwah kite ini ade connection terus dgnAllah. Kebersamaan dengan Allah ini amat penting terutama ketika kita bekerjesama sesame ikhwah.

Selalu la mohon doa:

“Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

Al-Hasyr:10

Terdapat 2 cara utk meningkatkan ruhiyyah kite iaitu usaha secara fardhi( tarbiyah zattiyah) dan usaha secara jamai’. Usaha secare fardhi mempunya 3 ciri penting iaitu motivasi,inisiatif dan pengalaman. Cube kite cek diri kite balik. Contohnye,adakah kita lakukan qiam time kite g program bersama2 dgn rakan2 kite shj. Adakah kite sendiri yg nak berubah,adakah motivasi dan inisiatif itu dtg dari diri kita sendiri atau keadaan sekeliling kita yg mendorong kita nak berubah???

Tidak dinafikan bahawa usaha secara jamai’ juga penting dalam usaha kite untuk menaiki anak-anak tangga yg semakin tinggi semakin banyak ujiannya. Teringat satu kisah bagaimana Salahuddin Al Ayubi mahu memilih barisan tenteranye. Aspek ruhiyyah amat ditekankan. Dengan care mutabaah amal, kita boleh tahu kekuatan dakwah,kekuatan kmpulan kita. Sebab itula kedua2 usaha(fardhi dan jamai’) amat penting.

“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”

103:3

Ape terjadi klo ruhiyyah teruk????

Semua benda yg kita buat pasti tidak kene. Cube lihat hari yang kite bangun awal,boleh qiam,solat jemaah subuh. Dan hari yg kite bangun lewat,x sempat utk qiam,hanya sempat untuk solat subuh shj. Kedua2 hari nie akan menjadi 2 hari yg berbeza buat kite.

InsyaAllah same2 kite tingkatkan ruhiyyah kite, kerana kita amat memerlukan backup dari Allah.

Doa ketika hendak buat dakwah:

Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (yaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami.”

Thaaha:25-35

Doa nabi Musa a.s. Satu doa yg cukup cantik bagaimana nabi Musa a.s memohon kp Allah.

Ajari Aku

Ajarkan Aku

Ajari aku

tentang sunnah Nabiku
ajarilah tentang indahnya ukhuwah
ceritakanlah
tentang para syuhada
dan kemuliaan hidup dalam kesyahidan

mereka para pembela agama
penjaga benteng-benteng kehormatan
yang telah merelakan jiwa raganya
walau dengan antre yang panjang
menggadaikan diri demi
cinta Tuhan

oh kau
generasi Solahudin al-Ayubi
sadarkah dirimu
tentang hakikat ribatul ukhuwah
dan kau
mujahidah al-Khansaa di abad ini
didiklah generasi
penerus perjuangan para Nabi

beritakanlah tentang kegembiraan
dan kebahagiaan
syuhada di medan juang

walau jasad mereka telah tiada
gugur dalam membela kebenaran
namun mereka hidup dalam kedamaian
dengan limpahan kasih sayang Tuhan

adakah kau
dengan azam
dalam usia yang tergenggam
untuk mewujudkan
segala asa dan impian
adakah kau
dengan sabar menghalau jiwa yang tenang
menuju sebuah padang
menanti syahid dambaan

oh kau
generasi Solahudin al-Ayubi
sadarkah dirimu
tentang hakikat ribatul ukhuwah
dan kau
mujahidah al-Khansaa di abad ini
didiklah generasi
penerus perjuangan para Nabi

beritakanlah
tentang kegembiraan
dan kebahagiaan syuhada di
medan juang

walau jasad mereka telah tiada
gugur dalam membela kebenaran
namun mereka hidup dalam kedamaian
dengan limpahan kasih sayang Tuhan

adakah kau
dengan azam
dalam usia yang tergenggam
untuk mewujudkan
segala asa dan impian
adakah kau
dengan sabar menghalau jiwa yang tenang
menuju sebuah padang
menanti syahid dambaan

mari bersama
goreskan cita
‘tuk menjadi pembela agama
tanpa keraguan
bahawa kematian adalah sebuah pembebasan

mari bersama
goreskan cita
‘tuk menjadi pembela agama
tanpa keraguan
bahawa kematian adalah sebuah pembebasan

tanpa keraguan
bahawa kematian adalah sebuah pembebasan

-Suara Persaudaraan-

Kiriman Abdullah Nasih ‘Ulwan

Setelah engkau maklumi — saudaraku pendakwah — bahawa keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan bersikap optimis adalah merupakan perkara yang asasi dalam pembentukan psikologi pendakwah dan dalam persediaannya berdakwah. Begitu juga setelah engkau ketahui bahawa kesemua sifat ini tidak mungkin terkumpul melainkan di dalam jiwa mukmin yang merasai kemanisan iman dan menyerahkan dirinya untuk Islam.

Ia tetap dan terus bergerak ke arah matlamatnya sehingga Allah mengizinkan baginya kemenangan, atau ia kembali menemui Allah dan ia tetap berada di jalan perjuangan yang dipenuhi dengan rintangan, ujian,pertarungan dan penderitaan.

Setelah engkau maklumi bahawa sekiranya keseluruhan sifat-sifat ini sentiasa menyusuli dan mendampingi liku- liku perjalananmu, nescaya ianya akan memindahkan engkau ke suatu titik mula perjalanan yang mana apabila engkau melangkahi jalan tersebut, engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan, membekali engkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang salih, mukmin yang bertakwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.

Bahkan apabila engkau berjalan maka dalam perjalanan itu engkau akan mendapati kemudahan, apabila engkau bercakap, maka kata-katamu itu mempengaruhi, apabila engkau beramal maka amalan engkau menjadi contoh teladan (qudwah) apabila engkau muncul di khalayak ramai, maka di dalam pandangan air mukamu ada suatu tarikan dan apabila engkau memberikan pandangan maka di dalamnya terdapat suatu yang terang bersinar.

Sekiranya tahap yang disebutkan tadi ditentukan pengambilannya (bentuk), daripada tarbiyyah kepada mujahadah maka ianya akan menjadi sumber kekuatan yang utama untuk para dai’. Seterusnya ianya akan menjadi perangsang kepada ketinggian kerohanian serta sebagai pusat arah tujuan matlamat pentarbiyyahannya. Bahkan ia merupakan penggerak yang pertama bagi kesedarannya dalam memikul tanggungjawab. Ia juga merupakan matlamat yang paling utama dalam perjalanannya di jalan (istiqamah) dan juga pemberi ingatan yang paling besar kepada segala kesalahan dan penyimpangannya daripada kebenaran.


Lantaran itu apabila jiwa para pendakwah kekosongan daripada petunjuk-petunjuk kerohanian yang sempurna ini maka sesungguhnya kehidupan mereka adalah merupakan kehidupan yang kosong. Ia tidak menghasilkan sebarang keberkesanan dan sumbangan kepada dakwah.

Lantaran membawanya kepada kebinasaan dan kesesiaan di dalam kegelapan sifat-sifat ujub, munafik serta riak lalu tersungkur ia ke dalam kemelut yang dipenuhi lumpur-lumpur (perkara) yang melalaikan. Lantas terjerumus ke dalam sifat-sifat mementingkan diri sendiri (keakuan), keangkuhan serta ketakburan.

Ia hanya berusaha dengan segala kemampuannya untuk menarik manusia kepada peribadinya bukan kepada Allah s.w.t., membina seluruh kemuliaan hanya untuk dirinya bukan untuk Islam, dan hanya bekerja untuk (kepentingan) dunianya bukan untuk akhirat. Natijah dari semuanya ini berlakulah kegelinciran dan kejatuhan serta berlakulah kebinasaan. Apabila sejauh ini kepentingan kerohanian:

  • Apakah jalan ke arahnya?
  • Apakah sokongan yang mengukuhkannya?
  • Apakah kesannya dalam pembinaan, pengislahan (pemulihan) dan perubahan?

Setiap persoalan di atas akan engkau dapati — saudaraku pendakwah — penyelesaiannya. Bahkan engkau akan dapati InsyaAllah suatu yang akan menyinari dan menyuluhi jalan yang akan menyampaikan engkau kepada- Nya. Allah jualah menerangkan jalan (yang lurus) dan kepada-Nya pergantungan pertolongan.

Teruskan Bacaan

KITA MENOLAK AL-HAWA.

“Jauhkanlah dirimu dr sebarang al-hawa yang tidak bernama islam” Maimun bin Mahran rahimahullah

Itulah teriakan amaran… teriakan amaran buat kita semua. Teriakan amaran ini yang selalu terngiang-ngiang di telinga ku terutama tatkala aku alpa dan melihat orang2 disekeliling ku yg mengikut al-hawa. namun ,adakah aku dan kamu benar2 paham ape itu al-hawa.

Apakah itu al-hawa???

Dalam Bahasa Malaysia, kite selalu kaitkan hawa sebagai hawa nafsu iaitu perasaan atau keinginan.

Maimun bin Mahran mengingatkan kita bahawa setiap perkara yg “BUKAN islam” adalah sememangnya salah satu dr al-hawa biar ape jua bentuknya dan di zaman mana ia muncul. Secara ringkasnye kite dapat ertikan al-hawa sebagai smua bnda yg datang dr manusia yang bertentangan dengan islam.

Dalam dunia hanya ade 2 sahaja iaitu islam dan al-hawa yg tercela. Bile sebut sahaja pasal al-hawa, kita mesti menolaknye, tidak boleh terima. Jika kite ikut al-hawa, maka bukan diri kita sahaja yg rosak malah bumi juga akan rosak.

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

23:71

ayat ini Allah memberi amaran kepada kita bahwa akan binasa bumi dan langit ini, dan smua yg ade di dlmnye bile mana kita mengikut al-hawa.Satu ayat yang amat menakutkan diri ku ini bile mentadabbur surah Muhammad ayat 14 dan 16.

Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang (shaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya?

47:14

Aku mula melihat diri ini. Betapa malangnya diri ini bila mana amalan yang buruk menghiasi diri dan diri ini memandang baik perbuatan jahatnye itu.ya Allah, jauhkanla aku dr al-hawa, janganlah aku hiasi diri ini dengan al-hawa.

Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu orang-orang berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahabat Nabi): “Apakah yang dikatakannya tadi?” Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka.

47:16

ya Allah, janganlah Engkau kunci hati kami, ya Allah teguhkanlah iman kami.