Blog Kita

Kita adalah Ruh baru

Goodluck yer!

with one comment

Dedikasi video buat ikhwah ABK yang sentiasa berada dalam ingatan kami.

Untuk versi HD sila lihat di sini.

Written by siswajepun

November 5, 2008 at 1:06 pm

Posted in Uncategorized

Hamba RABBANIkah saya ini…atau Hamba DA’AWI (dakwah)?

with one comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tidak tahu bagaimana mahu bermula.

Dua tiga kali menekan keyboard, buntu.

Barangkali saya harus bercerita dari awal. Cerita tentang kisah dulu-dulu…

Tatkala mengingat balik kehidupan lama yang penuh dgn jahiliyyah, kala ini tak lepas2 saya ucap syukur Alhamdulillah.

Tatkala mengimbau kembali saat hidayah Allah mengetuk pintu hati & saya hampir2 mengunci diri, kala ini tak lepas2 saya ucap syukur Alhamdulillah.

Tatkala kaki mahu mula melangkah di atas jalan dakwah & saya hampir2 futur, kala ini tak lepas2 saya ucap syukur Alhamdulillah

MasyaAllah

Hidayah ini

[6:125] Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

TanpaNya, tak tahulah apa akan jadi…

Akhirnya, sunnatullah jalan yang saya telah pilih ini, tidak akan sunyi daripada mehnah & tribulasi.

[29:2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Namun umpama air hujan, ia datang utk menyucikan hati. Pada zahirnya nampak rugi, sedih, kecewa, dsbnya, tapi jika makin diselami, rupa2nya makin tertancap hakikat iman dalam diri, makin intim hubungan dengan Rabbi.

[3:154]…Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati

Langkahan kaki saya di atas jalan ini, boleh dikira dengan jari. Keringat yang tertumpah, mungkin tak terisi pun separuh baldi. Apatah lagi pengorbanan harta, masa dsbnya…yang pada asalnya bukan milik saya pun. Saya sekadar memulangkan kpd Pemiliknya brg2 yang dipinjam.

Jadi penulisan saya, seorang budak mentah di Jalan Dakwah adalah jauh sekali utk menegur orang, tp lebih kepada refleksi diri sendiri yang boleh diambil iktibar oleh semua.

Hakikatnya, syaitan akan terus menipu & menipu…Tidak kiralah sejahat mana atau sebaik manapun kita.

Situasi Satu

Ramai orang boleh membuat kerja dakwah, tetapi tidak ramai yang boleh betul-betul mencintainya…(saya petik kata2 seorang Murobbi)

Saya akui. Ramai orang blh menjadi AJK itu & ini, ketua itu & ini…Iyalah, segala kerja2 teknikal yang persatuan2 biasa pun ada membuatnya. Memang seronok! Bila selesai, rasa sudah buat ’kerja dakwah’ yg cukup besar…

Awas! Jgn sampai kita melihat ’kerja dakwah’ = kerja persatuan, kerana hakikatnya ia bagai langit & bumi, walaupun zahirnya kelihatan serupa.

Malah, jgn kita sempitkan skop pemahaman kita terhadap kerja dakwah hanya kpd menjadi AJK, membuat video, membuat persembahan dsbnya. Selesai kerja2 ini, maka kita telah berjaya menyempurnakannya…

Bukan bermakna kerja2 ini tidak penting, tetapi hanya perlu melihatnya dari sudut berbeza. Jika salah neraca, boleh jadi kita hanya membuat ’kerja persatuan’, bukannya ’kerja dakwah’.

Contohnya, menjadi AJK memasak;

Iya, memang secara zahirnya dilihat sebagai kerja teknikal, dr sudut kerja persatuan. Tapi, jika dilihat dari sudut kerja dakwah, bagaimana kita menggunakan ruang tersebut utk diberi nilai tarbawi kepadanya.

Berjaya atau tidak dalam kerja dakwah memasak tersebut tidak diukur dgn sedap atau tidak masakan, tapi sejauhmana berjaya dipupuk sifat sabar, ikhlas, rendah diri, sejauhmana ukhuwah yg terbina sesama ahli memasak, sejauhmana ahli memasak dpt kaitkan kerja memasak dgn risalah & ustaziyatul ’alam, sejauhmana suasana & kesan tarbawi itu berjaya dibina, hatta di ceruk dapur. Itu baru kerja dakwah!

Jadi, tidak sedikit da’ie yang boleh membuat ’kerja persatuan’, tapi tidak ramai da’ie yang boleh menyuntik setiap kerja yang dikendalikan dgn sentuhan tarbawi.

[22: 37] Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya…

Situasi Dua

”Da’ie tidak perlu merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa lapang untuk berqiamullail setiap hari, bersembahyang tahajjud & memperbanyakkan khatam al Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah” (Petikan Munthalaq)

Saya ingat kali pertama saya dibentangkan dengan ini, terselit rasa lega. Kini, saya kurang pasti adakah rasa lega itu lebih kepada mencari alasan…Jika benar, itu GHURUR namanya.

[73:1, 2 & 5] Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)…Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.

Bila makin faham dakwah, makin banyak berfikir ttg umat sehingga nak fikir ttg diri sendiri pun tak sempat. Ini memang benar…

Tapi, kadang2 sebab terlalu banyak fikir, terbawa2 ke dalam solat, terbawa2 ketika membaca ma’thurat…

Jika di medan, kitalah orang yang sgt tekun & khusyu’ melakukan amal, sehingga khusyu’ kpd dakwah mengorbankan khusyu’ kpd solat, khusyu’ dlm bermunajat…

Saya terfikir: Hamba RABBANIkah saya ini…atau Hamba DA’AWI (dakwah)?

Tidak hairanlah jika ’sentuhan’ kita makin ’tak menjadi’

Bukan bermakna selepas ini kita semua menjadi ahli ibadat yg bermain2, tapi jgn jadi da’ie yang bermain2…

Saya terjumpa kata2 ini tertulis di dalam al Quran saya (tanpa saya sedari seorg adik telah menulisnya): ”Akak, da’ie itu ibarat besi berani, semakin rapat hubungannya dengan Allah, semakin rapat hubungannya dengan mad’u. Ihfazillah…”

Tidak tekun dalam ibadah. Gambarannya adalah seperti fikiran yang tidak kosentrasi saat shalat, membaca al quran, berdoa & lain2nya, tidak menyemak & memikirkan makna doa, sehingga dia membacanya hanya berdasarkan rutin yang tentu saja membosankan (Tanda lemah iman, dipetik dari buku Obat Lemah Iman)

Dakwah itu dijasadkan dalam diri da’ie. Jangan sampai kebencian manusia kpd da’ie membawa kebencian manusia kpd dakwah ini

Sudah cukuplah saya berceloteh panjang. Moga bermanfaat

Written by siswajepun

October 30, 2008 at 11:03 am

Posted in Uncategorized

Tagged with ,

Bijak dalam berdakwah (bukan menakutkan)

leave a comment »

Ternyata dalam kehidupan ini boleh dikatakan setiap masa dipenuhi dengan amalan kebajikan yang baik dan diberi ganjaran pahala oleh Allah kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Ganjaran ini amat mudah dan senang didapati asalkan apa yang dilaksanakan itu ikhlas kerana Allah s.w.t.

Malangnya kebanyakan individu tidak nampak ganjaran dan wawasan terhadap kebaikan, sebaliknya merasakan dirinya hina atau diperbodohkan andai melakukan demikian. Keadaan ini adalah suatu kesilapan besar dalam perhitungan hidup yang sesingkat ini. Dalam menuju keredhaan Allah s.w.t. apa yang lebih malang lagi ialah manusia amat mudah terjerumus ke arah keburukan yang membawa dirinya menjadi keji, yang mana dia sendiri mengusahakan ke arah itu, seperti sifat sombong tidak mahu dikalahkan dan sentiasa menjadi pemenang dalam semua urusan serta menakutkan-nakutkan orang lain. Seringkali si lemah dan si miskin menjadi mangsa. Islam menetapkan kedudukan orang orang yang suka membuat ugutan dengan menakut-nakutkan saudaranya dan membuatkan saudaranya merasa sedih, takut, kecewa dukacita dalam hatinya sebagai zalim. Hukuman ini telah ditegaskan oleh Rasulullah dala hadis yang berbunyi:

Sesungguhnya seorang lelaki telah mengambil kasut lelaki lain lalu disembunyikannya dengan tujuan hendak bergurau, maka diberi tahu kepada Rasulullah s.a.w., maka jawab Rasulullah jangan kamu menakut-nakutkan saudara kamu sesama Islam, maka sesunggunya menakut-nakutkan saudarakamu itu merupakan kezaliman yang amat besar dosanya.’

(Riwayat Thibrani)

Jelas sekali hadis ini menyatakan kedudukan dan hukuman bagi orang yang suka menakut nakutkan orang lain dengan perbuatan ataupun perkataan yang merupakan ugutan itu suatu kezaliman. Di dalam hadis yang lain pula Rasulullah menegaskan perilaku orang yang suka memandang orang lain dengan wajah yang menggerunkan, melalui sabda Nabi s.a.w.:

Barangsiapa yang melihat kepada mana-mana orang Islam dengan satu pandangan yang menakut nakutkannya melalui kegeraman walahnya tanpa ada sebarang sebab untuk melakukan demikian maka Allah akan menakutkannya di hari kiamat (seperti apa yang dilakukan terhadap saudaranya di dunia)’.

(Riwayat Thibrani)

Berdasarkan hadis di atas sekiranya ada sebab sebab tertentu dan berhak dilakukan demikian seperti ibu bapa mengajar anak, guru mengajar murid dengan memberi arahan arahan tertentu secara tegas maka ini dibolehkan dengan maksud rnendidik. Namun demikian Rasulullah melarang keras bagi orang yang mengacu-acukan senjata tajam kepada orang lain sama ada secara melawak ataupun bertujuan menakut-nakutkan. Andai kata melakukan dernikian malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir usianya di dunia ini, sepertimana dalil yang dijelas oleh Rasullah s.a.w.:

Sesiapa yang mengisyaratkan atau mengacukan-acukan sebarang senjata tajam yang diperbuat daripada besi, maka sesungguhnya malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir hayat sekalipun dia mengisyaratkan kepada saudara seibu atau saudara sebapanya sendiri’.

(Riwayat Muslim)

Hal ini dipandang berat oleh syariat kerana senjata itu dijadikan sebagai alat untuk mencari rezeki, bukan untuk menakut-nakutkan orang lain ataupun mengancam sesama sendiri yang mungkin mencetuskan suasana tidak aman, darurat yang mungkin membawa ke arah hidup yang tidak ada kesejahteraan dalam masyarakat. (Rujuk Zainul ‘Abidin Ibnu Rajah Al-Hamnbali Al-Baghdudi.T.Tarikh. hlrn. 145)

Dengan demikian dalam merealisasi hidup ini Allah s.w.t. telah menentukan cara hidup kepada hambanya dengari baik seperti bersaudara sesama Islam, bukan secara sebaliknya, dengan harapan setiap muslim itu akan kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan-Nya sebagai ganjaran ketaatan hamba terhadap segala suruhan Allah sebagai khalifah di muka bumi yang mana semua amalan akan dihitung semula.

Written by siswajepun

October 29, 2008 at 12:00 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

Kegawatan AS kelebihan buat Palestin?

leave a comment »


KEHANCURAN bank-bank pelaburan dan institusi kewangan terkemuka dunia termasuk Lehmen Brother, Merrill Lynch dan American International Group (AIG) disifatkan antara krisis ekonomi terburuk yang pernah melanda Amerika Syarikat (AS) hinggakan kini negara kuasa besar dunia itu di ambang kemuflisan.

Tekanan ekonomi yang dipacu oleh krisis subprima sehingga menyaksikan keruntuhan Wall Street itu kini hanya bergantung kepada suntikan dana oleh kerajaan berjumlah antara AS$700 bilion (RM2,452 bilion) untuk membeli aset pinjaman yang tertunggak.

Bagaimanapun, langkah penyelamatan menggunakan wang cukai yang dibayar oleh rakyat AS itu mendapat tentangan daripada pakar-pakar ekonomi yang melihat ia bakal menjerumuskan negara itu kepada kegawatan.

Sesuatu yang pasti, runtuhnya ekonomi kapitalis berasaskan riba AS yang diramal menjerut negara itu dalam tempoh yang panjang, turut memberikan petanda bahawa kuasa unilateral, ketenteraan dan politik negara itu bakal sama merudum.

Apatah lagi dengan kebangkitan kuasa-kuasa ekonomi baru seperti China dan India bakal membentuk keseimbangan kuasa yang baru serta kebangkitan Islam menerusi kesepakatan negara-negara Islam yang semakin menyerlah, AS perlu bersedia untuk tidak lagi mendabik dada sebagai kuasa besar.

Kemelesetan ekonomi AS yang diandaikan mampu menghakis kekuasaan negara itu dalam masa yang pantas juga mempunyai kaitan dengan masa depan Palestin yang lebih baik untuk hari-hari mendatang.

Tanpa boleh dinafikan, pendudukan haram Israel ke atas wilayah Palestin yang menjadi punca pergolakan di Asia Barat sejak lebih enam abad lalu didokong oleh tangan-tangan berpengaruh luar yang diketuai oleh AS.

Meskipun negara itu turut bertindak menjadi broker kedamaian Israel-Palestin sehingga melahirkan beberapa resolusi, namun negara itu juga secara tersembunyi atau terang-terangan, membunuh kesepakatan yang kononnya dicapai menerusi resolusi tersebut.

Resolusi 242 yang mengkehendaki Israel berundur dari wilayah yang diduduki pada 1967, yang sekali lagi ditegaskan menerusi Resolusi 338 selepas perang Oktober 1973 dan Resolusi 194 yang memberikan hak untuk pelarian Palestin pulang atau mendapat pampasan setimpal 1949, hanya tinggal resolusi yang tidak terlaksana.

Malah sejak 1977, telah wujud usaha AS untuk mencipta perdamaian di Palestin yang menjurus kepada memberikan pengiktirafan kepada Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Tindak-tanduk AS itu ternyata sesuatu yang tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor juga menilai, usaha perdamaian tersebut bertolak dari premis yang sangat pelik dan ganjil.

Bagaimana dunia ujar beliau, terutamanya peradaban Islam dan negara-negara Arab boleh bersetuju untuk mengiktiraf negara Israel yang didirikan di atas tanah dan wilayah yang dirampas?

“Wajarkah kita mengiktiraf sesuatu yang dirampas oleh orang lain dan yang dirampas itu pula hak kita?

“Ini adalah fenomena paling pelik pada zaman ini yang mana pelbagai resolusi, konvensyen dan persidangan diadakan demi memperakui ‘hak’ Israel ke atas bumi Palestin yang dirampas,” jelas beliau.

Menurut Hafidzi, dalam keadaan terdesak dengan kebangkitan umat Islam ketika ini, AS dan Israel menawarkan untuk mengembalikan tanah yang dirampas bagi mendapat jaminan keamanan dalam lingkungan sempadan negara Israel yang diiktiraf.

Dua persoalan besar berbangkit berhubung perkara itu pertamanya, apakah tanah yang dirampas itu merupakan hak Israel sehingga digunakan untuk mengugut dan mengancam dunia Arab?

Kedua, di manakah sebenarnya batas negara Israel yang dituntut untuk dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan jiran-jiran negara Arabnya?

”Apakah negara yahudi yang diluluskan oleh Resolusi PBB 181? Atau sempadan yang diluluskan oleh Rhodes Armistice 1949? Atau Israel pada tahun 1967, atau Israel selepas perjanjian Camp David 1981? Atau selepas Israel berundur dari Lebanon pada tahun 2000? Atau Israel selepas perjanjian Oslo 1993? Atau Israel selepas pengunduran dari Gaza?

”Atau sempadan yang terbentuk daripada tembok-tembok pemisah yang menyebabkan hampir 50 peratus dari Tebing Barat berada di dalam ‘wilayah’ Israel yang diistihar di atas bumi Palestin yang dirampas selepas perang Arab-Israel yang pertama pada tahun 1948?” demikian ditegaskan oleh Hafidizi.

Malah setiap kali dunia Islam dan negara-negara Arab dipanggil untuk memeterai persidangan damai Asia Barat, mereka ditinggalkan dengan persoalan-persoalan dasar yang tidak dijawab.

Antaranya mengenai status Masjid al-Aqsa, kedudukan kota lama iaitu Baitulmaqdis Timur, status pelarian Palestin yang diusir dari tanah air mereka serta status penempatan Yahudi yang dibina di Baitulmaqdis Timur dan di Tebing Barat.

Sepanjang tempoh itu juga, pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam terus tunduk kepada tekanan dan telunjuk egosentrisme Amerika agar melindungi Israel dan menerima syarat-syarat ‘perdamaian’ yang menghinakan.

Ketika rakyat Palestin dan pemimpin mereka didesak untuk memperakui serta menjamin keselamatan dan kelangsungan Israel, rejim Zionis pula tetap meneruskan dasar ‘ekspansionisme’, embargo dan ‘blockade’ ke atas rakyat Palestin.

Israel juga semakin berleluasa mengembangkan pusat-pusat penempatan Yahudi dengan merampas tanah dan merobohkan rumah rakyat Palestin serta membatalkan kerakyatan rakyat Palestin.

Bagaimanapun menurut Hafidzi, sejarah pernah membuktikan umat Islam dilanda kekalahan dan empayar Islam diasak oleh tentera musuh sehingga tanah suci Baitulmaqdis ditawan.

Sejarah juga pernah mencatatkan umat Islam kembali membina kekuatan dan bangkit menentang penjajahan sehingga berjaya menghalau musuh dan menawan semula Baitulmaqdis.

“Begitu juga dalam penindasan ke atas rakyat Palestin oleh Israel dan sekutunya ketika ini, dunia pasti akan menyaksikan kebangkitan semula umat Islam dan Baitulmaqdis akan kembali kepada empayar Islam suatu masa nanti,” katanya.

Mungkinkah jerutan ekonomi yang menghakis imej AS sebagai kuasa besar dunia ketika ini merupakan petanda kepada kebangkitan semula empayar Islam di seluruh dunia dan lebih utama keamanan abadi di Palestin?

Written by siswajepun

October 25, 2008 at 2:53 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with ,

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata

leave a comment »


Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid

Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia alam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:
1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak boleh digarap oleh kekuasaan.
2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa kasih dan cita.

Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan.

Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis, industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul.
Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu ibadat. Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allah yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al-Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.

Imam Ahmad Merasa Pelik

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang tidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.”
Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatan sehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan “alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun sebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlis
ilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahawa punca segala fenomena kelemahan umat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana.

Iktibar Daripada Tragedi

Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan.
Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Ia menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam.

Pertembungan Islam Dan Jahiliah

Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah). Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru kepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya. Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali-Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para wali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu negara buat mereka.”

Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah yang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliau menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan negara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yang sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dan sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnu Hanbal (r.a.)

Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru, Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru. Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran, Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu.Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartian yang tersusun bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya.Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk mengukuhkannya dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh ditangani dengan nasihat (ceramah) para pendakwah sahaja.
Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan akidah keimanan di setiap tempat hendaklah saling tolong menolong, menyusun tenaga dan strategi, menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di dalam proses melakukan ‘penyelamatan’ melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para du’at yang haraki.

Membutakan Mata

Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di kiri kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia hanya
menjadi penonton sahaja.

Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al-Shaibani, seorang penyair dan ahli tafsir. Beliau menganggapnya sebagai kematian. Di sisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung. Al-Rafie pergi lebih jauh. Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang keperluan bersikap jelas dan terang. Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini.

Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari ingatannya bahawa anda tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang, lalu dia berkeras terhadap anda sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya!

Written by siswajepun

October 25, 2008 at 12:32 am

Posted in Uncategorized

Tagged with

Team Hijau

leave a comment »

Written by blogkite

July 29, 2008 at 12:26 pm

Posted in Uncategorized

Tagged with

Selamat berExam

leave a comment »

Assalamualaikum,

Moga semua berada dalam keadaan sehat dan dilindungi Allah,

Sekadar ingin mengucapkan selamat berexam kepada semua.. moga dgn bantuan Allah semua mencapai

keputusan cemerlang..gannbarimashou!!

group2 lain punye gambar xde ke ek?? teringin pula tngk group2 lain punye gambar..

mari trus keep in touch, moga blog ini menjadi satu wadah untuk kite interaksi dan keep in touch antara  satu sama lain…

sape2 yg rase ade group member yg blom datang masuk tngk blog ini lagi, ajak2 lah ek..

siapa2 yg ada artikel2 best yg rasa nak berkongsi pun amat dialu-alukan

wassalam

Written by blogkite

July 17, 2008 at 12:53 am

Posted in Uncategorized

syahadatain..

leave a comment »

Syahadatain + Explorace Tokyo 2008.

SYAHADATAIN… lafaz yg telah menggegarkan dunia! Didalamnya terkandung 2 syahadah, iaitu syahadah tauhid/uluhiyah(LAILAHAILLAH) dan syahadah risalah(MUHAMMADURRASULULLAH). Kalimah syahadah yg kite ucap setiap hari ini mempunyai 5 kepentingan:

1) pintu masuk Islam.

“Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sungguh ia musuh yg nyata bgmu.”

2;208

“Dan kami akan perlihatkan segala amal yg mereka kerjakan, lalu akan kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.”

25:23

2) Intisari ajaran Islam (asas ajaran Islam)

“Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dan orang2 yg sblm kamu, agar kamu bertakwa”

2:21

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kpKu.”

51:56

“Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pn sblm engkau (Muhammad), melainkan Kami wahyukan kpnya, bahawa x ade Tuhan (yg berhak disembah) selain Aku, maka sembahlah Aku.”

21:25

3) Asas perubahan

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.”

6:122

4) Hakikat dakwah para Rasul

“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: “Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah.” (Ibrahim berkata): “Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali.”

60:4

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut[826] itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya[826]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan(rasul-rasul).”

16:36

5) Ganjaran yg terbesar

Ganjaran yg terbesar dpt dibahagikan kp 2 iaitu bahagia dunia dan akhirat; rezeki kekal.

ILAH.

“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali”

2:163-166

Pengertian Ilah dapat dibahagikan kp 4:

1) Al-Mahbub(di cintai)

2) Al-Marghub(disenangi)

3) Al-Marhub(ditakuti)

4) Al-Matbuk(diikuti)

Terdapat benda2 di dunia ini yg menjadi kemungkinan tandingan cinta kita kp Allah.

“Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”

9:24

Pengertian Ilah yg pertama iaitu dicintai. Allah tlh menguji cinta nabi Ibrahim kp Allah apabila nabi Ibrahim tidak dapat anak walaupun sudah 90 tahun berkahwin. Apabila dikurnaikn anak, iaitu nabi Ismail, Allah memerintahkn nabi Ibrahim membawa anak dan isterinye di tgh2 padang pasir dan ditinggalkn mereka di situ. Setelah lama tidak berjumpa anaknye, Allah memerintahkan pula agar Nabi Ibrahim menyembelih anaknye. Betapa tingginye cinta nabi Ibrahim kp Allah apabila perintah Allah itu dilaksanakan olehnye sehingga Allah menggantikan menyembelih anaknye dgn menyembelih kibas.

Makna Ilah yg kedua iaitu disenangi.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

2:186

Ilah juga membawa erti ditakuti.

“Allah berfirman: “Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.”

16:51

Satu benda yg menarik ialah jika kita takut pd sesorg kite akan menjauhinye sedangkan jika kita takut pd Allah kite akan berusaha untuk mendekatkn diri pdNya.

Makna Ilah yg keeempat ialah diikuti. Tp tanpa kita sedari, kite kerap kali mengikuti hawa’. Sesungguhnye peperangan yg plg besar ialah perang melawan hawa nafsu kite sendiri.

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?,”

25:43

Benarlah SYAHADATAIN… lafaz yg telah menggegarkan dunia…

Written by siswajepun

July 8, 2008 at 1:37 pm

Posted in Daurah, Explorace Tokyo

aKu, tOkYo TOwER daN …

with one comment

Ramai org berkata, ” cakap senang ar.. cube try test tengok sikit..” hah! saper stuju ngan kate org nie?
angkat tangan sikit.. Betul! Praktikal tidak semudah belajar teorinye..

Siapa sangka,
`teori` syahadah yg didaurahkan tidak sampai 24 sebelum `praktikal`nya,
tidak dapat aku dilaksanakan dengan sempurna..
Walaupun permulaan explorace ni aku mulakan dgn bismillah,
ternyata syaitan itu mmg pakar dalam bisikan..
Meluperkan segala `teori` yg ak pelajari kelmarin.
Ape yg ade di depan mata,
hanye hendak smpai ke penghujung check point yg ntah mane terletaknyer.
Tanpe mengharap dipermudahkan urusan pada yg Esa.

Ukhuwah tertaut di garis permulaan…
Bertanyer name, asal, daigaku, menjadi asas pengenalan,
Tp, biler ditanye semula, segala fakta bertukar hayalan,
Mungkin,
hati belum cukup ikhlas utk mnjadi teman..
Sebab tu mcm org hilang ingatan.

Tiba di `atas punye taman` riang sekali,
Nasib baik masih terpancul takjub pd kuase ilahi,
Bermain di kepala “apa pulak lepas nie..?”,
Task fizikal menjadi pilihan di hati,
Semangat mengambil gambar berkejar sana- sini,
Tersalah ambil, kene pergi lagi sekali,
Aduh!! kene potong pulak dgn team satu lg,
Mujur ader kumpulan laen yg x setel lg.

Langkah dipacuh walaupun kaki mula merasa penat,
Sampai menitik segala peluh dan keringat,
Hingga x sempat teringat,
mcm mane keadaan sahabat?
adakah masih ade kudarat..
ataupun dah sampai penamat…
ker dh sesat…??? herm..

Tidak!! macam x caye dah sampai penghujung rupenyer..
Terukir senyuman di bibir urusetia,
Menyambut ketibaan para peserta,
Yg bermain di kepala,
“dapat habuan aper la agaknyer..”

Dibawah pohon rendang ku pandang tokyo tower,
Rakan lain sebuk `bermain` puzzle smbil gelak ketawa,
Sekali ku pandang macam doa makan jer..
Berkali-kali pandang, hadis `super sayya` rupernye,
Hati tersentuh dengan isi dan maknanyer,
Mulut beristighfar mohon ampun padaNya
Terasa diri sangat hina
Dugaan sekecil nie pun asyik merungut ajer..
Belum kira lg cubaan yg sahabat dulu terima.
Lagi teruk diseksa,
maki hamun, sumpah seranah, semua ada..
Astaghfirullah..

Alhamdulillah..
terima kaseh kepada penganjur,
kerana melayan kami dengan semangat yg tidak luntur,
hanye kansou yg x seberapa ni mampu dihulur,
menjadi ingatan dan penghibur,

Akhirulkalam..
segala baik dan buruk itu datang dari Allah,
tadashi, yg buruk itu ditunjukkan melalui kelemahan diri ini sendiri..

Assalamualaikum
dari BuDaK KamPunG.

Written by siswajepun

July 8, 2008 at 12:05 pm

Posted in Explorace Tokyo

EXPLORACE:MASJID ASAKUSA~SHIBA-KOUEN

leave a comment »

Assalamualaikum…

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Ilah sekalian alam kerana telah mempertemukan kami, dan yang telah menguji ketabahan dan kesabaran serta keterikatan hati kami sepanjang perjalanan explorace dihampir sekeliling bandar tokyo..bagi ana aktiviti semacam ini harap dpt diteruskan utk masa2 yg akan dtg khususnya utk kohai2 tachi yg akan dtg x lame lg…cume yg ana harapkan perjalanan atau destinasi dpt dipendekkan supaya ramai tidak terlalu keletihan sbb takut jejaskan masa jyugyou pd hari berikutnya..

overall 4/5.. ;P

Written by siswajepun

July 7, 2008 at 6:22 pm

Posted in Explorace Tokyo