Blog Kita

Kita adalah Ruh baru

Archive for the ‘Explorace Tokyo’ Category

syahadatain..

leave a comment »

Syahadatain + Explorace Tokyo 2008.

SYAHADATAIN… lafaz yg telah menggegarkan dunia! Didalamnya terkandung 2 syahadah, iaitu syahadah tauhid/uluhiyah(LAILAHAILLAH) dan syahadah risalah(MUHAMMADURRASULULLAH). Kalimah syahadah yg kite ucap setiap hari ini mempunyai 5 kepentingan:

1) pintu masuk Islam.

“Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sungguh ia musuh yg nyata bgmu.”

2;208

“Dan kami akan perlihatkan segala amal yg mereka kerjakan, lalu akan kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.”

25:23

2) Intisari ajaran Islam (asas ajaran Islam)

“Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dan orang2 yg sblm kamu, agar kamu bertakwa”

2:21

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kpKu.”

51:56

“Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pn sblm engkau (Muhammad), melainkan Kami wahyukan kpnya, bahawa x ade Tuhan (yg berhak disembah) selain Aku, maka sembahlah Aku.”

21:25

3) Asas perubahan

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.”

6:122

4) Hakikat dakwah para Rasul

“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: “Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah.” (Ibrahim berkata): “Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali.”

60:4

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut[826] itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya[826]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan(rasul-rasul).”

16:36

5) Ganjaran yg terbesar

Ganjaran yg terbesar dpt dibahagikan kp 2 iaitu bahagia dunia dan akhirat; rezeki kekal.

ILAH.

“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali”

2:163-166

Pengertian Ilah dapat dibahagikan kp 4:

1) Al-Mahbub(di cintai)

2) Al-Marghub(disenangi)

3) Al-Marhub(ditakuti)

4) Al-Matbuk(diikuti)

Terdapat benda2 di dunia ini yg menjadi kemungkinan tandingan cinta kita kp Allah.

“Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”

9:24

Pengertian Ilah yg pertama iaitu dicintai. Allah tlh menguji cinta nabi Ibrahim kp Allah apabila nabi Ibrahim tidak dapat anak walaupun sudah 90 tahun berkahwin. Apabila dikurnaikn anak, iaitu nabi Ismail, Allah memerintahkn nabi Ibrahim membawa anak dan isterinye di tgh2 padang pasir dan ditinggalkn mereka di situ. Setelah lama tidak berjumpa anaknye, Allah memerintahkan pula agar Nabi Ibrahim menyembelih anaknye. Betapa tingginye cinta nabi Ibrahim kp Allah apabila perintah Allah itu dilaksanakan olehnye sehingga Allah menggantikan menyembelih anaknye dgn menyembelih kibas.

Makna Ilah yg kedua iaitu disenangi.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

2:186

Ilah juga membawa erti ditakuti.

“Allah berfirman: “Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.”

16:51

Satu benda yg menarik ialah jika kita takut pd sesorg kite akan menjauhinye sedangkan jika kita takut pd Allah kite akan berusaha untuk mendekatkn diri pdNya.

Makna Ilah yg keeempat ialah diikuti. Tp tanpa kita sedari, kite kerap kali mengikuti hawa’. Sesungguhnye peperangan yg plg besar ialah perang melawan hawa nafsu kite sendiri.

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?,”

25:43

Benarlah SYAHADATAIN… lafaz yg telah menggegarkan dunia…

Written by siswajepun

July 8, 2008 at 1:37 pm

Posted in Daurah, Explorace Tokyo

aKu, tOkYo TOwER daN …

with one comment

Ramai org berkata, ” cakap senang ar.. cube try test tengok sikit..” hah! saper stuju ngan kate org nie?
angkat tangan sikit.. Betul! Praktikal tidak semudah belajar teorinye..

Siapa sangka,
`teori` syahadah yg didaurahkan tidak sampai 24 sebelum `praktikal`nya,
tidak dapat aku dilaksanakan dengan sempurna..
Walaupun permulaan explorace ni aku mulakan dgn bismillah,
ternyata syaitan itu mmg pakar dalam bisikan..
Meluperkan segala `teori` yg ak pelajari kelmarin.
Ape yg ade di depan mata,
hanye hendak smpai ke penghujung check point yg ntah mane terletaknyer.
Tanpe mengharap dipermudahkan urusan pada yg Esa.

Ukhuwah tertaut di garis permulaan…
Bertanyer name, asal, daigaku, menjadi asas pengenalan,
Tp, biler ditanye semula, segala fakta bertukar hayalan,
Mungkin,
hati belum cukup ikhlas utk mnjadi teman..
Sebab tu mcm org hilang ingatan.

Tiba di `atas punye taman` riang sekali,
Nasib baik masih terpancul takjub pd kuase ilahi,
Bermain di kepala “apa pulak lepas nie..?”,
Task fizikal menjadi pilihan di hati,
Semangat mengambil gambar berkejar sana- sini,
Tersalah ambil, kene pergi lagi sekali,
Aduh!! kene potong pulak dgn team satu lg,
Mujur ader kumpulan laen yg x setel lg.

Langkah dipacuh walaupun kaki mula merasa penat,
Sampai menitik segala peluh dan keringat,
Hingga x sempat teringat,
mcm mane keadaan sahabat?
adakah masih ade kudarat..
ataupun dah sampai penamat…
ker dh sesat…??? herm..

Tidak!! macam x caye dah sampai penghujung rupenyer..
Terukir senyuman di bibir urusetia,
Menyambut ketibaan para peserta,
Yg bermain di kepala,
“dapat habuan aper la agaknyer..”

Dibawah pohon rendang ku pandang tokyo tower,
Rakan lain sebuk `bermain` puzzle smbil gelak ketawa,
Sekali ku pandang macam doa makan jer..
Berkali-kali pandang, hadis `super sayya` rupernye,
Hati tersentuh dengan isi dan maknanyer,
Mulut beristighfar mohon ampun padaNya
Terasa diri sangat hina
Dugaan sekecil nie pun asyik merungut ajer..
Belum kira lg cubaan yg sahabat dulu terima.
Lagi teruk diseksa,
maki hamun, sumpah seranah, semua ada..
Astaghfirullah..

Alhamdulillah..
terima kaseh kepada penganjur,
kerana melayan kami dengan semangat yg tidak luntur,
hanye kansou yg x seberapa ni mampu dihulur,
menjadi ingatan dan penghibur,

Akhirulkalam..
segala baik dan buruk itu datang dari Allah,
tadashi, yg buruk itu ditunjukkan melalui kelemahan diri ini sendiri..

Assalamualaikum
dari BuDaK KamPunG.

Written by siswajepun

July 8, 2008 at 12:05 pm

Posted in Explorace Tokyo

EXPLORACE:MASJID ASAKUSA~SHIBA-KOUEN

leave a comment »

Assalamualaikum…

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Ilah sekalian alam kerana telah mempertemukan kami, dan yang telah menguji ketabahan dan kesabaran serta keterikatan hati kami sepanjang perjalanan explorace dihampir sekeliling bandar tokyo..bagi ana aktiviti semacam ini harap dpt diteruskan utk masa2 yg akan dtg khususnya utk kohai2 tachi yg akan dtg x lame lg…cume yg ana harapkan perjalanan atau destinasi dpt dipendekkan supaya ramai tidak terlalu keletihan sbb takut jejaskan masa jyugyou pd hari berikutnya..

overall 4/5.. ;P

Written by siswajepun

July 7, 2008 at 6:22 pm

Posted in Explorace Tokyo

JOM Berkongsi!!

leave a comment »

Assalamualaikum,

asyrafdesu!!

Harap semua cepat2 tulis kansou, and sape2 yg tangkap gambar bole upload je bnyk2. meriahkan blogkite ini.x sabar nih nk tngk gambar2 sume mengexplore tokyo!! kalau yg terer buat video ke? or ade nk kongsi ape2 ke, jgn segan2 upload je sume. sbb ape?? sbb blog ni KITEPUNYE!! .Kalau ade rase ahli group yg x tulis kansou lg, tlng contactkan ke,mintak tulis..huhu.yoroshiku onegaishimasu.(^_^)/

Kalau ade yg lupe password ke bole add ym saye, imperial_kidd@yahoo.com
and kalau boleh siapa2 yg ade gambar, kalau x upload kat sini, bole passkan x?? hehe..

wassalam

Written by blogkite

July 7, 2008 at 4:02 pm

Posted in Explorace Tokyo

Letih

with 2 comments

Assalamualaikum

Saya nak kongsi pengalaman sikit je. Saya rase explorace ni memang sangat best. Tapi saya rase mmg letih gile. Kalau boleh pendekkan iin janai kanaa to omotte. Part Ueno koen tu saya rase best walaupun group kami tak berani amek soalan mental

Ape eh soalan mental tu, tertanye-tanye jugak. Kesimpulannya memang best. Nanti saye post lagi dengan gambar bila dah upload dari kamera.

Terima kasih fesi dan abang2 yg buat game ni. Mmg berbaloi saya join. Kalau boleh nak lagi.

dari Peserta kumpulan yg menang

Written by siswajepun

July 7, 2008 at 1:44 pm

Posted in Explorace Tokyo

Jom tulis kansou kite!

leave a comment »

Amacam explorace?

Pancit? Seronok?

Jom tulis kansou kite sama2. Blog ni telah diambil alih dan dijadikan khas untuk peserta2 explorace sahaja. Faci atau urussetia explorace tidak layak untuk mengambil bahagian.

Sila log in di http://www.wordpress.com dengan username baru iaitu siswajepun dgn password baru, yang diumumkan kat koen. Tulis kansou kita. Upload gambar. Siapa yang reti buat video, mari buat video. Kita kongsi kenangan bersame.

Siapa-siapa nak menulis selalu kat blog kite ini. Boleh contact Asyraf kat imperial_kidd@yahoo.com

Written by blogkite

July 7, 2008 at 1:33 pm

Posted in Explorace Tokyo

explorace ~blue team~

leave a comment »

1. Apakah tema utama surah yg dibaca?

Pemberitaan bahwa datangnya hari kiamat sudah dekat dan semua yang ada pada alam adalah dengan ketetapan Allah.Selain itu,Kehendak Allah pasti akan berlaku dan segala pekerjaan manusia pasti dicatat oleh malaikat-malaikat.

2.Berapakah bilangan kaum yang diceritakan dalam surah tersebut, dan nyatakan nama kaum(umat nabi apa) mengikut kronologi masa?

Terdapat 6 kaum yang diceritakan dalam surah Al-Qmar.Semua kaum tersebut diwakili oleh setiap Nabi masing2.Kaum Musyrikin oleh Nabi Muhammad,kaum Nuh oleh Nabi Nuh,kaum Ad oleh Nabi Hud,kaum Samud oleh Nabi Saleh,kaum Luth oleh Nabi Luth,dan kaum Firaun oleh Nabi Musa.

3.Apakah maksud ayat yang diulang-ulangi dalam surah tersebut?

Terdapat 2 ayat yang diulang secara keseluruhannya dalam surah tersebut.Secara amnya,ayat tersebut mengingatkan manusia bahawa betapa dahsyatNya azab Allah bagi mereka yang mengingkari peringatanNya dan Allah telah memudahkan Al-Quran itu bagi manusia supaya mereka dapat mengambil pelajaran darinya.Ayat yang diulang dalam surah ini ialah ayat 16,17,21,22,30,32,39,40

4. Sila upload gambar yang telah anda tangkap seperti yang telah diarahkan dalam clue-clue sebelum ini.

5. Sila nyatakan perasan/komen/kansou anda tentang Explorace yang dijalankan.

seronok, menarik, penat, murah.

Ahli 1 :

一生忘れられない思え出! terlalu bnyk pengalaman yg diterima.Tak sure nak iktiraf panjang atau pendek, sbb x sure kepenatan disebabkan course yg panjang ataupun x cukup tidur malam sebelumnya.huhu. tp memang sngt best ke sane sini bersama2, memikirkan clue2, menyelesaikan masalah, ambil gambar, senang susah dgn hanye dibekalkan duit yg giri2 sume bersama. Baru btul rase kekuatan ukhuwah sesama, sampai terngiang2 lagi name pnuh sume ahli. ;P .Plus tempat2 yg dipilih mmng antara takucho Tokyo, sambil race dpt sight seeing tokyo, amatlah rugi kalau x join kalau ade diadakan lg, harap akan diadakan lagi!

yg terakhir ade suatu x puas hati nih, group2 lain punye gambar2 and kansou.. cepat2 puaskan hati nih!! huhu..

Written by blogkite

July 6, 2008 at 4:55 am

Posted in Explorace Tokyo

Syabas, anda hampir sampai ke garisan akhir!

leave a comment »

Syabas, anda hampir menamatkan Explorace ini. Anda perlu menjawab soalan di bawah dengan meng-post kan satu entry ke dalam blog ini. Sila login ke akaun anda di http://www.wordpress.com dengan menggunakan username : blogkite dan password yang telah anda selesaikan. Setelah login, click New Post di bahagian atas kiri window anda.

Sila copy arahan di bawah dan paste ke dalam satu entry kemudian jawab soalan tersebut. Gambatte kudasai!

————————————————————————————-

Tuliskan nama kumpulan anda di Title entry post.

1. Apakah tema utama surah yg dibaca?

2. Berapakah bilangan kaum yang diceritakan dalam surah tersebut, dan nyatakan nama kaum(umat nabi apa) mengikut kronologi masa?

3.Apakah maksud ayat yang diulang-ulangi dalam surah tersebut?

4. Sila upload gambar yang telah anda tangkap seperti yang telah diarahkan dalam clue-clue sebelum ini.

5. Sila nyatakan perasan/komen/kansou anda tentang Explorace yang dijalankan.

————————————————————————————

Clue terakhir.

Toshiba Co. (東芝) yang merupakan salah sebuah syarikat terbesar dalam bidang komputer, elektronik dan IC, mempunyai sebuah taman di Tokyo. Tetapi taman itu bukan terletak di timur. Cari urusetia yang berada di taman tersebut sepanjang 日比谷通り.

Kita jumpa di sana!

Written by blogkite

June 27, 2008 at 6:50 pm

Posted in Explorace Tokyo

Tagged with ,

Di sini kita bermula

leave a comment »

Written by blogkite

June 25, 2008 at 2:29 pm

Posted in Explorace Tokyo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.